Terma & Syarat
Sila baca dokumen ini dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan Tuah Academy.
1. Pendahuluan
Selamat datang ke Tuah Academy. Dengan mengakses laman web ini dan melanggan kelas parenting kami, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan perkhidmatan kami.
2. Perkhidmatan Pendidikan
- Tuah Academy menyediakan modul pendidikan dan bimbingan untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak Autism.
- Segala maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan pengganti nasihat perubatan profesional, diagnosis, atau rawatan klinikal.
- Kami sentiasa berusaha memberikan maklumat terkini, namun keberkesanan modul bergantung kepada aplikasi individu dan keadaan unik setiap anak.
3. Pendaftaran & Akaun
Untuk mengakses kelas, anda mungkin dikehendaki mendaftar akaun. Anda bertanggungjawab untuk:
- Kerahsiaan: Menjaga maklumat log masuk anda agar tidak disalahgunakan oleh pihak ketiga.
- Ketepatan: Memberikan maklumat peribadi yang benar dan tepat semasa pendaftaran.
4. Hak Milik Intelek
Segala kandungan dalam Tuah Academy termasuk video, teks, grafik, logo, dan bahan muat turun adalah hak milik eksklusif Tuah Academy. Anda dilarang sama sekali untuk:
- Menyalin atau mengedar semula bahan kelas tanpa izin bertulis.
- Menggunakan kandungan untuk tujuan komersial peribadi.
- Berkongsi akses akaun (One account per user policy).
Mempunyai sebarang soalan mengenai Terma & Syarat kami?
Lebih peluang, lebih manfaat
Jadi ahli NGO kami.
Borang diskaun sehingga 80%
Isi di sini!
