Borang Soal Selidik Maklum Balas Teknik Membaca (Kajian PhD)

Maklum balas anda adalah amat penting untuk kami menambah baik program latihan dan sokongan yang disediakan. Sila luangkan masa beberapa minit untuk berkongsi pengalaman anda.

 

Borang ini dibahagikan kepada empat (4) Bahagian utama:

  • Bahagian A: Latar Belakang Responden
  • Bahagian B: Maklum Balas Terhadap Teknik Membaca
  • Bahagian C: Keberkesanan Pembelajaran dan Sokongan
  • Bahagian D: Cadangan Penambahbaikan
feedback

Bahagian A: Latar Belakang Responden

1. Peranan anda dalam kajian ini:
2. Kumpulan sasaran teknik membaca yang dinilai:
3. Tempoh masa teknik membaca ini telah digunakan:
4. Jenis teknik mengeja , mengenal huruf dan menyusun huruf yang dinilai (Sila tandakan mana yang berkaitan):

Bahagian B: Maklum Balas Terhadap Teknik Membaca

I. Kebolehpakaian Teknik

5. Teknik membaca ini mudah difahami dan diaplikasikan.
6. Teknik ini sesuai dengan gaya pembelajaran individu Autisme/Disleksia.
7. Bahan/alat yang diperlukan untuk teknik ini adalah mudah didapati dan berpatutan.

II. Minat dan Motivasi

8. Individu menunjukkan minat yang lebih tinggi untuk membaca menggunakan teknik ini.
9. Teknik ini menjadikan proses membaca menyeronokkan dan mengurangkan tekanan.
10. Penggunaan teknik ini telah meningkatkan keyakinan diri individu dalam membaca.

III. Ciri-ciri Teknik (Multisensori/Struktur)

11. Pendekatan multisensori (jika digunakan) membantu dalam pemahaman bunyi dan perkataan.
12. Penggunaan pergerakan fizikal (kinestetik) seperti memegang tangan/menggerakkan di udara, membantu individu mengingat bentuk huruf/perkataan.
13. Pergerakan fizikal ini membantu meningkatkan fokus individu semasa sesi membaca/mengeja.
14. Teknik pergerakan ini berkesan dalam mengurangkan stim atau tingkah laku repetitif yang mengganggu pembelajaran.

Bahagian C: Keberkesanan Pembelajaran dan Sokongan

I. Kemahiran Membaca

15. Individu menunjukkan peningkatan dalam pengecaman perkataan (word recognition) selepas menggunakan teknik ini.
16. Terdapat peningkatan dalam kelancaran (fluency) membaca.
17. Kefahaman bacaan individu telah bertambah baik.

II. Sokongan dan Pelaksanaan

18. Latihan yang diterima untuk mengaplikasikan teknik ini adalah mencukupi.
19. Saya berasa yakin untuk mengendalikan teknik ini secara konsisten.
20. Teknik ini memberi impak positif kepada aspek pembelajaran lain selain membaca.

III. Keberkesanan Relatif (Berbanding Teknik Lain)

21. Secara keseluruhan, teknik ini lebih berkesan dalam mengajar mengenal huruf dan mengeja berbanding teknik lain yang pernah digunakan.
22. Teknik ini lebih mudah difahami oleh individu sasaran berbanding teknik membaca/mengeja yang lama.
23. Individu sasaran lebih termotivasi untuk menggunakan teknik ini berbanding teknik sedia ada.
24. Saya merasakan teknik ini memberikan hasil yang lebih pantas atau konsisten berbanding kaedah lain.

Bahagian D: Cadangan Penambahbaikan

Scroll to Top