Program Jelajah Negeri Tuah Academy
Kami Faham Cabaran Anda – Kelas Ini Direka Khas Untuk Bantu Anda & Anak.
Kami Tunjuk Cara. Anda Praktik. Anak Mula Berubah Dalam Sesi Ini.
Khas Untuk Ibu Bapa Kepada Anak Autism Sahaja.

Satu-satunya seminar parenting autisme yang lengkap di dunia dari segi pemahaman secara scientific, biology, teknik, psychology dan matematik yang terbukti dapat mengubah perangai anak autisme.
Apa Yang Akan Anda Pelajari Dalam Seminar Ini
Kami kongsikan ilmu sebenar, bukan teori kosong.
Semua topik datang dari pengalaman sebenar membesarkan anak autisme, dan disampaikan dengan penuh empati.
- Memahami maksud autism dari segi konsep dan teknikal supaya anda tahu mengenai anak anda.
- Memahami apa yang dialami, dirasai oleh anak autism yang menyebabkan mereka berkelakuan lain dari kanak-kanak biasa seperti suka air, suka memanjat melompat, flapping hand, pandang tepi dan atas, main air liur, suka tutup telinga, main najis dan lain-lain.
- Teknik untuk mengurus dan mengawal tantrum, meltdown, perangai dan kelakuan anak autism.
- Teknik untuk mengurangkan symptom sensory overload & sensory seeker.
- Teknik menguruskan anak autism agar mereka dapat berkelakuan setara umur mereka.
- Ketahui SUPERPOWER yang ada pada anak autism.
- Teknik atasi masalah speech delay (tip dan teknik nak bagi anak berkomunikasi dengan baik).
- Teknik mengatasi masalah anak picky eater & makan bersepah (untuk yang stay di dewan sahaja).
- Teknik belajar sekaligus tingkatkan confident. (add-on jika ada masa lebih)
- Teknik membuat anak autism mendengar arahan dan kata-kata.
- Pembahagian masa & kerja sekaligus target berapa lama boleh settle masalah anak.
- Motivasi kepada ibu bapa & ahli keluarga.
- Soal jawab, tanya apa sahaja, coach Zaqkhwan akan jawab.
Jawapan Untuk Semua Persoalan Anda Tentang Program Ini
Berapakah harga pendaftaran kelas/seminar parenting autism?
Kelas Online RM650/pasangan
Seminar di Semenanjung Malaysia RM850/1 family
Seminar di Sabah Sarawak RM950/1 family
Boleh mohon diskaun sehingga 80% untuk yang tidak berkemampuan
Apakah sama kelas online dan seminar?
Online beri teori. Bersemuka beri pengalaman. Di sini, anda lihat teknik depan mata dan terus praktik.
Saya bukan warganegara Malaysia, apakah saya boleh ikuti kelas/seminar ini?
Boleh join tapi anda tidak dapat harga subsidi seperti yang kami berikan kepada warganegara Malaysia.
Harga untuk suami isteri ke? Kalau datang seorang, harga sama ke?
Ya, harga tetap sama, RM850/1 family.
Contoh 1: RM850 yang hadir suami, isteri, dan anak.
Contoh 2: RM850 yang hadir hanya isteri sahaja.
Contoh 3: RM850 yang hadir suami dan isteri.
Boleh saya tau apakah harga perlu dibayar mengikut kepala?
Tidak, harga perlu dibayar mengikut keluarga, bukan per kepala.
Jika hadir :
Contoh 1: 4 orang, anda perlu bayar RM850 (RM212.50/seorang).
Contoh 2: 2 orang, anda perlu bayar RM850 (RM425.00/seorang).
Contoh 3: 1 orang, anda perlu bayar RM850 (RM850.00/seorang)
Boleh bawa anak ke?
Ya, ibu bapa boleh hadir bersama keluarga.
Maksimum 4 orang dewasa/kanak-kanak bagi setiap keluarga.
Bayi bawah 3 tahun tidak dikira dalam jumlah.
Boleh tak jika bawa anak lebih dari 3 orang?
Kami faham sesetengah keluarga mungkin perlu hadir bersama lebih ramai ahli. Namun, tempat duduk disediakan hanya untuk 3–4 orang per keluarga bergantung pada lokasi.
Jika anda perlu bawa lebih, mohon maklumkan kepada pihak Tuah Academy agar kami dapat bantu susun tempat dengan baik.
Kalau tak bawa anak, boleh ke?
Kehadiran anak adalah pilihan. Anda dialu-alukan untuk hadir sendiri sekiranya lebih selesa begitu.
Anak umur berapa yang boleh join?
Kelas ini direka khas untuk ibu bapa anak autism berumur 5 tahun ke atas.
Jika anda perlu membawa anak yang lebih muda, mohon pastikan mereka tidak mengganggu peserta lain agar sesi berjalan lancar.
Jika anak ada penyakit kronik, bolehkah join kelas ini?
Jika anak ada kondisi kesihatan serius, mohon pertimbangkan sebelum hadir.
Saya tak ada anak autism, boleh ke saya join?
Kami faham ramai yang berminat untuk belajar. Namun, kelas ini hanya dibuka kepada ibu bapa yang sedang membesarkan anak autism agar sesi lebih fokus dan relevan.
Apakah makanan & minuman di sediakan?
Kami tak sediakan makan & minum, tapi anda bebas bawa makanan sendiri atau order melalui GrabFood, FoodPanda dan lain-lain.
Berapa lamakah sesi ini berlangsung?
Sesi berlangsung selama lebih kurang 8 jam - 10 jam termasuk waktu rehat.
Bermula jam 8.00 pagi - paling lewat tamat pada jam 7.00 malam.
Jika dah booking, boleh ke cancel?
Bayaran yang dibuat adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan kecuali jika seminar dibatalkan oleh pihak penganjur. Kami mohon peserta membuat pertimbangan yang teliti sebelum membuat tempahan.
Di manakah tempat yang akan di buat?
Lokasi seminar akan dimaklumkan dalam group setelah jumlah peserta mencukupi. Harap bersabar sementara kami kumpulkan penyertaan. Jika jumlah tidak mencukupi, kelas akan dibatalkan dan bayaran akan dipulangkan, atau anda boleh pilih untuk sertai versi online.
Bilakah tarikh akhir pendaftaran?
Tempahan Tutup: 3 Hari Sebelum Seminar
✅ Tempah awal untuk tempat terjamin
✅ Mudahkan urusan penyusunan kelas
❌ Tiada walk-in atau last-minute booking
Boleh ke kami record sepanjang sesi konsultasi?
Rakaman hanya dibenarkan untuk topik yang mendapat kebenaran daripada Coach Zaqkhwan.
Sebarang perkongsian rakaman atau kandungan kelas ke media sosial termasuk WhatsApp dan Telegram adalah dilarang.
Tindakan akan diambil jika didapati menyebarkan ilmu ini tanpa persetujuan.
Ada sijil ke untuk peserta?
Kami percaya ilmu yang diamalkan lebih bernilai daripada sijil.
Sesi ini direka untuk bantu anda faham dan guna teknik secara terus, bukan sekadar pengiktirafan atas kertas.
Bagaimana jika saya ingin buat booking secara personal?
Anda perlu klik "chat dengan kami" untuk maklumat lanjut
Klik Negeri Di Bawah Untuk Booking
4 Oktober 2025
kompleks belia dan sukan negeri johor
Johor Bahru, Johor
Lebih peluang, lebih manfaat
Jadi ahli NGO kami.
Borang diskaun sehingga 80%
Isi di sini!