Bantu Anak Autisme Anda Bersinar.
Ubah cabaran menjadi kekuatan. Sertai Sesi Bersemuka bersama Tuah Academy untuk fahami tingkah laku, urus tantrum, dan bina masa depan yang lebih cerah untuk anak anda.
Apa Yang Anda Akan Pelajari
Behavior Starter Package
1. Dasar Autisme
Fahami apa yang anak hadapi dari saat bangun sehingga mereka tidur semula setiap hari.
2. Tingkah Laku Unik
Sebab anak suka air, panjat, kibas tangan, atau main najis. Fahami apa yang mereka rasai.
3. Sensory Control
Teknik berkesan mengurangkan 'Sensory Overload' & 'Sensory Seeker' pada anak.
4. Urus Tantrum
Cara kawal meltdown & tingkah laku mencabar di rumah mahupun di tempat awam.
5. Kematangan Umur
Teknik membentuk anak agar berkelakuan setara dengan umur kronologi mereka.
6. Superpower Anak
Kenali kelebihan unik anak autism & teknik tonjolkan potensi luar biasa mereka.
7. Pelan Target
Pembahagian masa kerja & sasaran tempoh penyelesaian masalah anak secara sistematik.
8. Motivasi Keluarga
Suntikan semangat & bimbingan emosi untuk ibu bapa serta ahli keluarga lain.
Jawapan Untuk Semua Persoalan Anda Tentang Program Ini
Berapakah harga untuk kelas parenting autism ini?
Bayaran untuk 1 keluarga :
RM4,500 (Malaysian)
RM6,500 (Non Malaysian)
Kami faham tidak semua mampu — anda boleh mohon diskaun 10% hingga 80%. Kami sedia bantu.
Bagaimana nak tahu saya dapat diskaun atau tidak ya?
Sila chat admin selepas mengisi borang permohonan diskaun sebagai pemberitahuan.
Admin akan semak kelayakan anda dan beritahu sama ada anda layak serta jumlah bayaran selepas diskaun.
Boleh ke bayaran di buat secara ansuran?
Kami faham keperluan anda.
Bayaran ansuran boleh diatur, tapi anda perlu hubungi admin terlebih dahulu untuk semakan dan kelulusan.
Anak umur berapakah boleh ikuti kelas personal ini?
Seawal umur 5 tahun hingga 15 tahun.
Jika anak berumur 16 tahun dan ke atas, anda perlu chat dengan admin terlebih dahulu.
Boleh saya tahu apakah harga perlu dibayar mengikut kepala?
Tidak, harga perlu dibayar mengikut keluarga bukan per kepala.
Jika ada 3 orang anak autisme pun, tiada caj tambahan di kenakan.
Jika tak mampu, boleh mohon diskaun.
Berapa lamakah sesi ini berlangsung?
Sesi berlangsung selama lebih kurang 12 jam - 24 jam termasuk waktu rehat.
Sesi boleh jadi selama 1 hari - 3 hari. Bermula jam 10 pagi hingga paling lewat akan tamat pada jam 8 malam (tengok pada perangai anak & penerimaan ibu bapa).
Boleh ke jika saya datang seorang diri atau bersama anak sahaja?
Wajib hadir bersama pasangan & anak-anak. Kecuali jika pasangan bekerja luar negara / cerai hidup / cerai mati.
Siapakah yang boleh di bawa bersama dalam sesi konsultasi ini?
Dibenarkan Hadir
- Pasangan Anda
- Anak Anda Sendiri
- Penjaga Utama Anak (Yang Terlibat Secara Langsung Setiap Hari)
Tidak Dibenarkan Hadir
- Anak orang lain
- individu yang tiada kaitan langsung dengan anak anda
- ipar / sepupu / mak saudara / anak saudara / mak / Mertua / Atok Nenek
- guru tuisyen / guru EIP / guru tadika / pengasuh luar
Nota Penting
- fokus sesi adalah kepada anak anda dan penjaga utama sahaja.
- kehadiran pihak luar boleh ganggu proses intervensi dan privasi.
Boleh tak jika bawa anak lebih dari seorang?
Ya, boleh. Sesi personal hanya untuk keluarga anda sahaja. Bawalah semua anak anda, tiada masalah.
Kalau tak bawa anak, boleh ke?
Sesi ini bukan sekadar teori. Anak perlu hadir supaya kami boleh bantu secara praktikal dan anda boleh lihat kesan depan mata dalam hari yang sama.
Saya tak ada anak autism, boleh ke saya join?
Kelas ini khas untuk ibu bapa & guru yang berdepan anak autisme. Peserta lain tidak dibenarkan.
Apakah makanan & minuman di sediakan?
Makan dan minum tidak disediakan. Anda digalakkan untuk bawa makanan sendiri, dan akan ada waktu rehat untuk makan serta berehat atau anda boleh order delivery dan makan di tempat kami. Tiada masalah.
Pukul berapakah sesi bermula dan berakhir?
Sesi bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang atau paling lewat jam 9.00 malam. (Tengok pada keadaan anak, kepuasan anda & masa anda)
Jika dah booking, boleh ke cancel?
Maaf, bayaran tidak boleh dipulangkan. Tapi anda boleh tukar tarikh hingga 2 kali, asalkan dimaklumkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sesi.
Di manakah tempat yang akan di buat?
Kelas ini dijalankan di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Selepas bayaran disahkan, anda akan menerima alamat lengkap melalui WhatsApp.
Apakah ada tempat penginapan yang berdekatan ?
Sebaiknya anda mencari tempat penginapan yang berdekatan atau dalam area Sungai Besi/Lake Fields.
Penginapan berdekatan boleh ditempah melalui Booking.com, Agoda, Airbnb atau Traveloka. Pilih ikut bajet dan keselesaan anda.
Apakah next step yang perlu di buat selepas buat booking & pembayaran?
Semua info kelas akan dihantar terus ke WhatsApp anda dalam masa 1 - 3 hari atau sebelum tarikh kelas di adakan.
Anda hanya perlu tunggu mesej dari kami.
Apakah tarikh boleh dipilih atau pihak Tuah Academy yang akan bagi tarikh?
Sila pilih tarikh yang tersedia di kalendar selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pilihan anda.
Tempahan pada hari yang sama tidak dibenarkan.
Bagi penerima diskaun, tarikh akan ditetapkan oleh pihak admin atau boleh dimohon mengikut kesesuaian anda, tertakluk kepada persetujuan admin.
Boleh ke kami record sepanjang sesi konsultasi?
Kami faham ibu bapa ingin simpan ilmu untuk rujukan sendiri. Namun, rakaman hanya dibenarkan untuk kegunaan peribadi. Mohon jangan kongsi ke media sosial tanpa izin. Ini demi menjaga hak dan integriti ilmu yang disampaikan oleh Coach Zaqkhwan.
Ada sijil ke untuk peserta?
Maaf, tiada sijil penyertaan yang diberikan kerana sesi ini lebih kepada sharing dan mengajar teknik secara berdepan.
Lebih peluang, lebih manfaat
Jadi ahli NGO kami.
Borang diskaun sehingga 80%
Isi di sini!
