Di Sebalik Tuah Academy
Tempat Di Mana Harapan Bertemu Ilmu

Kami wujud untuk bantu ibu bapa anak autisme membina perubahan sebenar—dengan pendekatan yang terbukti, sokongan berterusan, dan komuniti yang memahami.

Siapa Kami?

Tuah Academy merupakan pusat pembelajaran bersepadu yang komited membantu keluarga memahami dan memaksimumkan potensi anak autisme melalui pendekatan saintifik dan praktikal. Setiap program dirancang khas agar ibu bapa dapat terus mengaplikasikan teknik yang dipelajari di rumah dengan mudah dan selamat.

Visi Tuah Academy

Untuk menjadi pusat rujukan utama dalam membantu keluarga dan komuniti memahami, menerima, dan menyokong anak-anak autisme di seluruh Malaysia.

Misi Tuah Academy

Kami berdedikasi untuk memperkasakan ibu bapa sebagai agen perubahan utama dalam perkembangan anak mereka. Melalui bimbingan berstruktur, latihan interaktif, dan sesi sokongan komuniti, kami memastikan setiap keluarga menerima alat dan pengetahuan yang terbukti berkesan untuk mencapai hasil positif dalam masa singkat.

Nilai-Nilai Kami

Empati

Kami memahami perjalanan unik setiap keluarga.

Profesionalisme

Menyediakan perkhidmatan terbaik berdasarkan amalan saintifik terkini.

Kepercayaan

Membangunkan hubungan erat dengan keluarga melalui komunikasi terbuka.

Inklusiviti

Memastikan semua kanak-kanak mendapat peluang untuk berkembang.

Apa Yang Kami Tawarkan?

Program Sokongan Keluarga

Kami membantu ibu bapa memahami keperluan anak autisme mereka melalui sesi bimbingan yang direka khas untuk:

Terapi Perkembangan

Sesi terapi individu dan berkumpulan yang memberi tumpuan kepada:

Latihan Ibu Bapa

Kami menawarkan latihan praktikal untuk ibu bapa supaya mereka boleh:

Aktiviti Komuniti dan Kesedaran

Kami kerap menganjurkan:

Team Tuah Academy

Tuah Academy terdiri daripada pasukan profesional yang berpengalaman, termasuk:

Coach Yang Mendalami Ilmu Psychology:

Membantu dalam memahami dan menangani cabaran emosi.

Coach Berpengalaman dalam Intervensi Awal & Sokongan Keluarga:

Memberikan bimbingan kepada ibu bapa dalam perjalanan mereka.

Tuah Academy diasaskan oleh mereka yang memahami cabaran sebenar membesarkan anak autisme. Pasukan kami terdiri daripada jurulatih berpengalaman, ibu bapa yang pernah melalui proses ini, dan pakar sokongan yang percaya bahawa perubahan bermula dari rumah. Kami hadir bukan sekadar untuk mengajar, tetapi untuk menemani anda dalam setiap langkah.

Muhammad Zaqkhwan Zawawi

Afifah Azizan

Aida Amanina Mohd Abdullah Budin

Amirul Haziq Mohd Abdullah Budin

Amna Nafisa Safiya Binti Ahmad Taufiq

Kenapa Pilih Tuah Academy?

Anda akan merasai keberkesanan teknik kami seawal satu hari selepas sesi pertama. Kami menekankan pelaksanaan mudah tanpa peralatan mahal, sokongan susulan berterusan, dan komuniti ibu bapa yang saling berkongsi pengalaman. Pendekatan kami bukan sekadar teori, tetapi panduan praktikal yang disesuaikan dengan setiap tahap perkembangan anak.

Pendekatan Peribadi

Setiap anak berbeza, jadi kami reka intervensi yang fleksibel dan responsif. Anda akan dibimbing berdasarkan tahap perkembangan dan cabaran unik anak anda.

Program Komprehensif

Kami sediakan pendekatan menyeluruh: dari pemahaman awal hingga aplikasi harian. Ibu bapa dilatih secara praktikal, anak dibimbing secara berstruktur, dan sokongan komuniti sentiasa tersedia.

Komuniti Sokongan

Tuah Academy bukan sekadar pusat terapi, kami bina komuniti ibu bapa yang saling menyokong. Melalui group Telegram, kami kongsikan tips harian, aktiviti praktikal, dan pengalaman sebenar. Ibu bapa juga digalakkan berkongsi kisah mereka sendiri, menjadikan ruang ini aktif, mesra, dan penuh inspirasi.

Sertai Perjalanan Kami

Tuah Academy berkomitmen untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak autisme dan keluarga mereka. Sertai kami hari ini untuk memulakan perjalanan anda ke arah perubahan yang positif.

Scroll to Top